Birah ular
Birah ular

Birah ular

Birah ular atau Keladi Rimau, Keladi Ular, Keladi Canek atau Keladi Candik[1] dengan nama saintifik Alocasia denudata Engl. [2] ialah tumbuhan tempatan selatan China dan Asia Tenggara [3]. Umum selalu tersilap A. denudata dengan birah hitam dengan tanggapan ia ialah spesies yang sama atau variasi. Birah ular mendapat nama daripada warna tangkai yang yang bercorak sisik ular, manakala birah hitam pula bertangkai hitam keunguan.Pokok birah ular adalah tumbuhan berubi (rizom)[4]. Batang keladi ini tak nyata, tangkai bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama. Daunnya berbentuk kepala anak panah, bentuk tajam di bawah, terbahagi dua di atas dan berbentuk tajam di kedua-dua belah hujung. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari ubi keladi dan terpisah dari ubi utama.Pokok ini boleh dijumpai di pinggir dan dalam hutan. Pokok ini sentiasa dijumpai tidak berkelompok di kawasan yang agak terdedah kepada cahaya matahari di lantai hutan.Pokok ini kurang menjadi pilihan peminat seni laman kerana lambat membiak. Warnanya juga hanya hijau dengan sedikit cerah pada urat daun. Hanya bentuknya saja yang unik menjadikannya bernilai kepada peminat tumbuhan aracea ini.